GEORGE TOWN : Tujuh sekeluarga terpaksa beraya dalam kesedihan apabila rumah yang mereka diami hampir musnah dalam satu kebakaran di Taman Desa Penaga, Jelutong di sini, kira-kira pukul 9 pagi tadi. Selain kehilangan rumah, keluarga berkenaan juga hampir ‘berputih mata’ apabila kebakaran tersebut menyebabkan tiga buah kenderaan milik mereka iaitu Perodua Axia, Proton Wira dan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego rosak teruk. Mangsa, Rashid Ismail, 53, ketika ditemui berkata, ketika…