JERANTUT: Ibu dan anak perempuan termasuk seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 18 Jalan Jerantut-Maran berdekatan Sungai Salan di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa, Norazlina Ismail, 44, meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Jerantut, manakala anak perempuannya, Nur Harina Fatihah Syaifol Bahari, 21, disahkan maut oleh petugas perubatan di tempat kejadian.…