LIPIS: Seorang penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Lipis-Benta berdekatan bulatan di pekan Benta di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi tersebut, mangsa, Mohamad Suhamel Ismail, 24, dalam perjalanan dari Kepong, Selangor untuk pulang ke Kampung Bertam, Gua Musang bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok. “Ketika kejadian, sebuah lori membawa muatan tilam…