WASHINGTON: Semasa kemuncak pandemik Covid-19, tentera Amerika Syarikat (AS) didakwa pernah melancarkan kempen rahsia yang dikatakan untuk menentang pengaruh China yang semakin meluas di Filipina. Operasi sulit itu tidak pernah dilaporkan sebelum ini. Namun, siasatan Reuters mendapati, ia bertujuan untuk menimbulkan keraguan mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin yang dibekalkan oleh China. Melalui akaun internet palsu yang bertujuan untuk menyamar sebagai warga Filipina, usaha propaganda tentera berubah menjadi kempen anti-vaksin. Siaran…