MELAKA: Teh tarik gula Melaka bakal menjadi produk pelancongan baharu yang diketengahkan sebagai tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, sebagai permulaan minuman ikonik itu boleh didapati di empat hotel iaitu Hotel Holiday Inn, Bayou Lagoon Park Resort, Hotel Sentral Melaka dan Hotel Sentral Riverview. Beliau berkata, inisiatif memperkenalkan menu berkenaan merupakan idea Persatuan Pelancongan Melaka…