SEREMBAN: Sebuah syarikat pembuatan kimia yang premisnya dikesan menyebabkan pencemaran di Senawang di sini pada tahun 2021 telah dijatuhkan hukuman denda maksimum sebanyak RM100,000 di Mahkamah Sesyen Seremban di sini, semalam. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dalam satu kenyataan memaklumkan, Hakim, Mazni Nawi telah mensabitkan kesalahan yang dilakukan oleh Syarikat Zhen Xing Plastic Sdn. Bhd. Menurut jabatan itu lagi, pihak orang kena saman (OKS) diwakili Soh Kiong Heng selaku…