Suri rumah tawar ‘sarapan segera’ kepada pekerja kejar masa

Suri rumah tawar ‘sarapan segera’ kepada pekerja kejar masa

ILISHA Mohd. Affenddi dihadapan gerainya di Jalan Nilai Square Utama, Nilai, Seremban. – UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Melihat ramai individu yang keluar mengejar masa pada setiap pagi memberikan idea kepada seorang suri rumah menawarkan ‘sarapan segera’ dengan harga rahmah, RM5.

Ilisha Mohd. Affenddi, 32, berkata, dengan harga tersebut, dia menawarkan pelanggan minuman kopi atau teh bersama sandwich.

Menurutnya, walaupun harga ditawarkan sedikit rendah berbanding pasaran, dia gembira dapat memudahkan urusan ramai orang dengan jualan itu.

“Selalunya, pekerja yang bangun awal untuk ke tempat kerja tidak sempat bersarapan, ditambah pula akan berhadapan kesesakan jalan raya.

“Jadi, dengan beli sarapan segera kami ini nanti tidaklah perut akan kosong,” katanya kepada Utusan Malaysia di gerai Kopi & Teh yang diusahakannya di Jalan Nilai Square Utama, Nilai.

Ilisha berkata, dia mengusahakan gerai bersama suami, Mohammad Najib Mistan, 32, sejak Oktober tahun lepas.

“Alhamdulillah, setakat ini penerimaan pelanggan sangat baik terhadap perniagaan kecil kami ini yang sedikit sebanyak membantu kami menjana pendapatan.

“Buat masa ini, kami menawarkan minuman kopi dan teh pada harga RM2 manakala sandwich dengan tiga perisa iaitu telur mayones dan sardin ma­sing-masing pada harga RM3 dan ayam rangup berharga RM5,” kata ibu kepada dua orang anak itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN