PUTRAJAYA: Keahlian profesional dalam pelbagai bidang yang menganggotai Balai Ikhtisas Malaysia (BIM) mampu membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan khususnya kes-kes melibatkan elemen-elemen teknikal. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sehubungan itu beliau amat mengalu-alukan kerjasama dengan BIM bagi berkongsi amalan terbaik dan penganjuran program-program kesedaran dalam memerangi rasuah. Menurutnya, SPRM dan BIM mempunyai objektif yang sama iaitu menyumbang kepada kesejahteraan negara melalui kapasiti dan kepakaran…










