Slovenia ikut jejak 3 negara Eropah iktiraf Palestin

Slovenia ikut jejak 3 negara Eropah iktiraf Palestin

SLOVENIA menjadi negara baharu di Eropah mengiktiraf Palestin. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LJUBLJANA: Slovenia menjadi negara baharu di Eropah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat selepas Parlimennya mengundi menyokong langkah itu.

Parlimen negara itu mengadakan pengundian secara besar-besaran semalam, bagi mengikut jejak langkah tiga negara Eropah lain

Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas Sepanyol, Norway dan Ireland mengiktiraf negara Palestin, satu tindakan yang turut dikecam oleh Israel.

Sebelum ini, ketiga-tiga negara Eropah itu percaya langkah mereka mempunyai kesan simbolik yang kuat dan mampu menggalakkan pihak lain untuk mengikutinya.

Khamis lalu, Perdana Menteri Slovenia, Robert Golub mengumumkan negaranya mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka dan berdaulat di sempadan 1967 mengikut undang-undang antarabangsa serta resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Setakat ini, 148 negara mengiktiraf Palestin, yang membentuk lebih dua pertiga daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN