KUANTAN: Atlet olahraga negara, Shereen Samson Vallabuoy menepati ramalan apabila muncul juara acara 400 meter (m) Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 di Stadium Darul Makmur di sini hari ini. Atlet kelahiran Perak itu memperoleh catatan masa 52.45 saat (s), gagal memperbaharui rekod kebangsaan miliknya, 51.80s. Tempat kedua dimenangi Nurul Aliah Maisarah Nor (57.18s) dari Johor dan peserta mewakili ATM, Nurul Faizah Asma Mazlan tempat ketiga (57.61s). Dengan catatan…