‘Saya hanya mahu menghargai apa yang ada depan mata’

Saya hanya mahu menghargai apa yang ada depan mata – Nora Danish

NORA DANISH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nora Danish enggan terlalu melihat apa yang sudah berlaku dalam kehidupannya kerana mahu menjaga ke­sihatan mental terutama selepas mengesahkan perpisahan de­ngan suaminya, Nedim Nazri.

Nora berkata, dia juga tidak mahu terlalu memikirkan apa yang akan terjadi kelak ke­rana bakal mendatangkan kebimbangan terlampau dalam dirinya sehingga memberi kesan.

“Ketika ini, saya hanya mahu menghargai apa yang ada di depan mata saya. Selebihnya, saya serahkan kepada Allah. Kehidupan, keluarga dan rezeki semuanya takdir yang te­lah tertulis untuk saya.

“Mungkin apa terjadi ini adalah permulaan hidup saya yang berliku-liku. Saya anggap ini ujian yang akhirnya memberi hikmah dan mungkin pengakhiran yang terbaik untuk saya,” ujar pelakon berusia 42 tahun itu ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Pelakon drama feno­mena, Puteri itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, malam semalam.

Menerima pujian lantaran ketenangan dan profesionalisme dia serta bekas suami dalam me­ngendali perceraian, Nora berkata, pengalaman pada perkahwinan sebelum ini banyak mematangkan mereka dalam mengatasi sesebuah permasalahan.

“Kami letakkan perasaan sendiri jauh-jauh dan mengutamakan perasaan anak-anak. Mungkin juga kami berdua sudah mencapai satu fasa keredaan dengan apa yang telah ditentukan oleh-Nya.

“Macam saya pernah katakan sebelum ini ketika keretakan rumah tangga mula mencetuskan spekulasi, saya hanya mampu merancang, namun Dia yang menentukan,” katanya.

Bercakap soal anak-anak, Nora dan Nedim sepakat untuk memberikan sepenuh kasih sayang biarpun tidak lagi bergelar suami isteri.

“Apa yang berlaku adalah kerana tiada persefahaman dalam perkahwinan. Tetapi kami akan terus berusaha jadi ibu dan bapa yang terbaik untuk anak-anak,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×