KARACHI: Ribuan mangsa strok haba menerima rawatan di hospital berbeza akibat gelombang haba sehingga suhu melonjak 47 darjah Celcius di wilayah Sindh, Pakistan. Pegawai kesihatan berkata, beberapa orang awam jatuh pengsan di bandar dan sebahagian daripada mereka meninggal dunia. Pihak berkuasa di Karachi menggesa orang ramai kekal berada di dalam rumah dan mengelakkan perjalanan tidak penting. Ketua Ahli Meteorologi di Karachi, Sardar Sarfaraz berkata, suhu akan terus meningkat minggu ini…