MELAKA: Remaja berusia 16 tahun antara tujuh individu ditahan polis dalam serbuan melibatkan sebuah rumah di Kota Laksamana di sini yang dijadikan markas pusat panggilan sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud, kelmarin. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, operasi pada pukul 5 petang itu berjaya memberkas enam lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur antara 16 hingga 26 tahun. Katanya, sindiket itu menyasarkan rakyat Malaysia sebagai…










