Rakyat Gaza terpaksa minum kumbahan demi kelangsungan hidup

Rakyat Gaza terpaksa minum kumbahan demi kelangsungan hidup

SEKATAN kepada makanan dan air bersih memaksa penduduk Gaza minum air kumbahan.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merayu akses bantuan segera ditingkatkan di Gaza apabila sesetengah penduduk kini terpaksa minum air kumbahan dan makan makanan haiwan demi kelangsungan hidup.

Pengarah Wilayah Mediterranean Timur WHO, Hanan Balkhy turut memberi amaran bahawa perang antara Israel dan Hamas memberi kesan meluas ke atas penjagaan kesihatan di seluruh wilayah itu.

Bahkan, impak ke atas kanak-kanak akan memberi kesan berpanjangan yang teruk, kata pakar kesihatan itu kepada AFP dalam temu bual di ibu pejabat WHO di Geneva.

“Di Gaza, ada penduduk yang kini makan makanan haiwan, makan rumput dan minum air kumbahan.

“Kanak-kanak hampir tiada makanan, sementara trak bantuan terkandas di luar Rafah,” katanya.

Perang Gaza paling dahsyat tercetus sejak Oktober lalu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 36,550 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Ratusan ribu rakyat Palestin berdepan risiko kebuluran kerana pertempuran tanpa henti Israel dan sekatan kepada akses bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.

Serangan Israel mendorong 85 peratus penduduk berpindah secara dalaman di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan bekalan perubatan.- AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN