KUALA LUMPUR: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan analisis forensik akan diserahkan kepada pihak pembelaan bulan depan sebelum Mahkamah Sesyen di sini mula mendengar perbicaraan lelaki warga Israel Avitan Shalom berkaitan kes senjata api dan peluru pada 30 September ini. Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam memaklumkan, pihaknya memohon tempoh sebulan kerana rakaman CCTV dan analisis itu merupakan sebahagian daripada dokumen yang belum diserahkan kepada pembelaan. Sehubungan itu, Hakim…