Protes antikerajaan Israel berlanjutan, desak Netanyahu hentikan

Protes antikerajaan Israel berlanjutan, desak Netanyahu hentikan perang

PENUNJUK perasaan menuntut pilihan raya baharu dan pemulangan tebusan yang ditahan di Gaza.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Protes antikerajaan Israel berlanjutan minggu ini dengan puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun di Tel Aviv pada Sabtu, menuntut pilihan raya baharu dan pemulangan tebusan yang ditahan di Gaza.

Bantahan besar berlaku di bandar Israel setiap minggu terhadap cara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengendalikan perang hampir sembilan bulan di Gaza.

Ramai penunjuk perasaan memegang sepanduk bertulis ‘Menteri Jenayah’ dan ‘Hentikan Perang’ dalam himpunan di jalan utama terbesar di bandar itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berada di sini kerana takut dengan masa depan cucu saya. Tidak akan ada masa depan buat mereka jika kita tidak keluar dan menyingkirkan kerajaan mengerikan ini,” kata seorang penunjuk perasaan, Shai Erel, 66.

Pertubuhan protes antikerajaan, Hofshi Israel menganggarkan lebih 150,000 orang menyertai demontrasi itu, menyifatkan jumlah terbesar sejak perang Gaza bermula.

Beberapa penunjuk perasaan turut bertindak baring di atas tanah dengan dilitupi cat merah di Dataran Demokrasi bandar itu, yang dianggap sebagai menzahirkan ‘kematian’ demokrasi negara di bawah pemerintahan Netanyahu.

Berucap kepada orang ramai, bekas Ketua Agensi Keselamatan Shin Bet, Yuval Diskin mengutuk Netanyahu sebagai Perdana Menteri paling teruk dalam sejarah Israel.

Ramai yang kecewa dengan gabungan sayap kanan itu, termasuk Menteri Keselamatan, Itamar Ben Gvir dan ultra nasionalis lain, kerana memanjangkan tempoh perang di Gaza serta meletakkan keselamatan dan tebusan negara dalam risiko.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini