Program tak pernah janji status kewarganegaraan - ADUN Stulang - Utusan Malaysia

Program tak pernah janji status kewarganegaraan – ADUN Stulang

POSTER program yang tular dalam media sosial dan mendapat bantahan serta kecaman daripada pelbagai pihak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng menegaskan bahawa Program Taklimat dan Penerangan Kewarganegaraan tidak pernah menjanjikan status kewarganegaraan kepada sesiapa.

Beliau berkata, kekeliruan pada tajuk poster berkenaan yang tulartelah menimbulkan salah faham dalam kalangan warganet.

Menurutnya, program itu bertujuan memberi penerangan, kesedaran dan pemahaman kepada warganegara Malaysia yang ahli keluarga mereka menghadapi masalah tiada kewarganegaraan (statelessness).

“Program itu bukan untuk membantu warga asing memohon kewarganegaraan. Apabila poster infografik dan kapsyen yang dimuat naik sebelum ini dibaca berasingan sesetengah pihak, ia menimbulkan kekeliruan daripada tujuan asal program taklimat kami. 

“Ini kerana perundangan berkaitan status ini jelas termaktub dalam Perlembagaan negara dan proses yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga wajib dipatuhi,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.

Semalam, Kah Eng dilaporkan berkata, majlis taklimat dan penerangan kewarganegaraan yang dijadualkan 30 Jun ini ditangguhkan selepas mencetuskan kontroversi.

Beliau yang juga Setiausaha DAP Johor berkata, taklimat berkenaan diadakan bagi menangani isu tidak memiliki status kewarganegaraan atau sijil kelahiran akibat kecuaian ibu bapa, selain sebab-sebab lain.

Terdahulu, Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros mendesak supaya program berkenaan dibatalkan serta-merta kerana dilihat sebagai satu bentuk provokasi yang akan mengundang ketidaktentraman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×