Penuntut IPTA lemas mandi di kolam ternakan ikan - Utusan Malaysia

Penuntut IPTA lemas mandi di kolam ternakan ikan

SEORANG penuntut ditemukan lemas selepas mandi di kolam ternakan ikan di tapak perkhemahan Agro Farm Aminah Rahmat, Jalan Mahang, Felda Chempelak, Labis, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lemas semasa mandi di tapak perkhemahan Agro Farm Aminah Rahmat, Jalan Mahang, Felda Chempelak, Labis, dekat sini hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian  itu pada pukul 11.12 pagi.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 11.30 pagi, pihak penyelamat terdiri daripada  pasukan polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Labis telah dikejarkan ke lokasi kejadian. 

“Dimaklumkan mangsa telah sampai di tapak perkhemahan tersebut bersama 16 lagi rakan sekuliah pada pukul 6 petang semalam untuk menyiapkan tugasan Pemasaran Digital di kawasan rekreasi dengan mempromosikan lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di sini.

Ahmad Zamry memberitahu, mangsa yang sepatutnya keluar dari lokasi kejadian pada pukul 9 pagi ini kemudian mandi di sebuah kolam yang dijadikan kolam ternakan ikan bersama-sama empat lagi rakan pada pukul 10.30 pagi.

Mangsa kemudian disedari lemas dan tenggelam oleh rakan-rakannya 30 minit kemudian, namun berjaya dijumpai semula selepas 15 minit kemudian. 

“Pasukan penyelamat telah cuba memberi bantuan pernafasan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 11.40 pagi oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Labis yang turut berada di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN