Penunjuk perasaan tuntut Israel dihalang sertai Olimpik 2024

Penunjuk perasaan tuntut Israel dihalang sertai Olimpik 2024

PENUNJUK perasaan berhimpun sambil memegang bendera Palestin di hadapan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa di Lausanne, Switzerland.- ANADOLU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAUSANNE: Ratusan penunjuk perasaan di Switzerland semalam menuntut supaya Israel dihalang daripada menyertai Sukan Olimpik 2024 di Paris, di tengah-tengah perang berterusan di Gaza.

Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di sini, dengan tangan dicat merah sebagai tanda solidariti kepada mangsa korban di wilayah Palestin.

Mereka meninggalkan kesan cat tangan itu di pintu masuk bangunan dalam usaha untuk meyakinkan pihak jawatankuasa mengambil tindakan terhadap Israel.

Kumpulan penunjuk perasaan itu berharap Jawatankuasa Olimpik boleh bertindak segera ke atas penyertaan Israel, sebagaimana pengecualian Russia dan Belarus daripada temasya sukan dunia itu pada 2022, berikutan insiden perang di Ukraine.

“Mari kita larang negara Israel yang melakukan pembunuhan beramai-ramai daripada bertanding dalam Sukan Olimpik,” laung penunjuk perasaan.

Atlet Russia dan Belarus akan dibenarkan bertanding dalam Olimpik tahun ini sebagai peserta neutral, menurut jawatankuasa itu.

Mereka tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dalam upacara perasmian dan tidak boleh menggunakan bendera, lambang atau lagu kebangsaan, tanpa sebarang pegawai kerajaan negara dijemput ke temasya yang berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Penunjuk perasaan turut melaungkan slogan menentang pembunuhan beramai-ramai Israel, sambil mengangkat bendera Palestin dan sepanduk boikot Israel.

Protes aman itu berlangsung selama lebih dua jam dan berakhir tanpa campur tangan pihak polis.-ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN