Peniaga sewakan MyKiosk kepada pihak ketiga boleh dikenakan tindakan - Utusan Malaysia

Peniaga sewakan MyKiosk kepada pihak ketiga boleh dikenakan tindakan

J. ARUL Kumar Bersama Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Mas Midyawan Yahya memberikan surat tawaran MyKiosk kepada peniaga-peniaga di Nilai, Seremban baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mana-mana peniaga yang memperoleh kemudahan gerai MyKiosk yang didapati menyewakan gerai itu kepada pihak ketiga boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, sebagai contoh, pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) boleh membatal dan menarik balik secara serta-merta gerai MyKiosk itu sekiranya mendapati ada peniaga melanggar peraturan ditetapkan. 

“Tindakan itu dikenakan termasuklah jika sesiapa didapati meletakkan warga asing sebagai pekerja dalam MyKiosk dan sesiapa yang membuat struktur tambahan di MyKiosk ini.

“Tarik balik dan lebih baik diberikan kepada peniaga-peniaga yang layak dan betul-betul mahu berniaga,” katanya selepas memberikan surat tawaran MyKiosk kepada peniaga-peniaga di Nilai di sini.

Arul Kumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai dalam pada itu memberitahu, sebanyak 20 unit MyKiosk telah diperuntukkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi kawasan Nilai dan Mantin.

 Sementara itu menurutnya, semua peniaga yang ditawarkan unit MyKiosk itu kebanyakannya merupakan peniaga yang telah lama berniaga di kawasan tersebut. 

“Sebab itu mereka diberi keutamaan menerima pemberian MyKiosk pada tahun ini seperti mana disyorkan kerana selain tidak ada mempunyai sebarang masalah dan mengikut peraturan ditetapkan,” katanya.-UTUSAN.

 

Ujar beliau lagi, dengan adanya unit-unit MyKiosk ini ia sudah tentu memberikan keselesaan dan sekali gus mewujudkan satu imej yang baik untuk kawasan setempat. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN