SEREMBAN: Kerajaan perlu melakukan pembaharuan dalam pelaksanaan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang beroperasi memberikan pemulihan, latihan dan pendidikan bagi orang kurang upaya (OKU) termasuk dalam kalangan kanak-kanak autisme. Pengerusi Pertubuhan Guru, Ibu Bapa dan Anak Berkeperluan Khas Negeri Sembilan, Habsah Yusof berkata, reformasi dalam pelaksanaan PDK perlu dilakukan kerana ketika ini ia dilihat tidak ubah hanya sebagai satu pusat jagaan dan bukannya sebagai pusat pemulihan ataupun rehabilitasi. Jelas beliau,…










