CYBERJAYA: Institusi pendidikan tinggi (IPT) boleh memperkenalkan kaedah pendidikan fleksibel terbaharu iaitu dengan membenarkan pelajar mengikuti pengajian sekurang-kurangnya di dua buah universiti berbeza dalam jurusan sama. Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, bentuk pengajian itu merupakan satu indikator pendidikan tinggi masa hadapan yang dicadangkan bermula pada tahun depan. Beliau berkata, inisiatif pengajian ini adalah dengan cara pemindahan kredit dan pelajar perlu menghabiskan…