KOTA TINGGI: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pejabat Urusan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP), di sini hari ini. Pembinaan pejabat urusan MPP tersebut bakal menampilkan rekabentuk berkonsepkan perahu layar jong sebagai simbol budaya serta lambang kemajuan pembangunan di kawasan berkenaan. Ia menggambarkan simbol kawasan yang terkenal dengan aktiviti pelancongan dan industri bertaraf antarabangsa. Pejabat urusan baharu itu bakal dibina di atas tanah kurniaan kerajaan negeri…










