JOHOR BAHRU: Pintu pagar Istana Besar, di sini dirempuh sebuah kenderaan jenis Toyota Vios yang terbabas dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun, semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 3 petang dipercayai akibat permukaan jalan licin. “Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta yang terbabas sendiri tanpa melibatkan kenderaan lain. “Pemandu tidak berada dalam keadaan mabuk, manakala ujian saringan awal air kencingnya…










