Paderi, 15 anggota polis maut ditembak di Russia

Paderi, 15 anggota polis maut ditembak di Russia

LELAKI bersenjata menyasarkan sebuah rumah ibadat dan gereja di Dagestan, Russia.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 15 anggota polis dan seorang paderi maut selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah rumah ibadat Yahudi, gereja serta balai polis merentasi dua bandar di wilayah Dagestan Utara, Russia, semalam.

Bercakap dalam video yang dimuat naik di aplikasi Telegram awal pagi tadi, Gabenor wilayah Dagestan, Sergei Melikov menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi buat Dagestan dan seluruh negara.

Kejadian di bandar Makhachkala dan Derbent itu berlaku serentak, tiga bulan selepas 145 orang terbunuh dalam serangan di konsert berhampiran Moscow, yang didakwa didalangi militan ISIS.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.

“Kami memahami siapa di sebalik penganjuran serangan pengganas dan matlamat mereka,” kata Melikov tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Melikov berkata, beberapa orang awam termasuk seorang paderi Ortodoks yang berkhidmat di Derbent selama lebih 40 tahun, adalah antara mangsa yang terkorban.

Katanya, enam suspek serangan juga maut ditembak ketika kejadian berlaku.

Sementara itu, pihak berkuasa undang-undang berkata, dua anak lelaki Ketua Daerah Sergokala di Dagestan Tengah adalah antara penyerang yang dikatakan sudah ditahan penyiasat, seperti dilaporkan media Russia.

Susulan itu, Melikov mengisytiharkan 24 hingga 26 Jun sebagai hari berkabung di Dagestan, dengan bendera diturunkan separuh tiang dan semua acara hiburan dibatalkan.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN