SEREMBAN: Selepas 40 tahun, kerajaan Negeri Sembilan menerusi tujuh buah pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang melaksanakan proses penilaian semula secara keseluruhan terhadap semua pegangan atau aset di negeri ini. Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk menaikkan cukai taksiran ataupun tidak berdasarkan laporan penilaian semula itu nanti. Beliau menjelaskan lagi, ketika ini keputusan…