Nahas bas persiaran-treler di Rompin: Mangsa keempat meninggal dunia di HTAA - Utusan Malaysia

Nahas bas persiaran-treler di Rompin: Mangsa keempat meninggal dunia di HTAA

KEADAAN bas persiaran yang terbalik di cerun jalan selepas dikatakan terbabas dan melanggar sebuah treler dalam kemalangan berhampiran simpang tiga Bahau, Jalan Kuantan-Segamat di Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan treler berhampiran simpang tiga Bahau, Jalan Kuantan-Segamat, Rompin, meninggal dunia menjadikan keseluruhan mangsa yang maut akibat kejadian itu empat orang.

Mangsa, Dahlia Ahmad, 52, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini

Perkara terbabit disahkan oleh Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenten Nor Azman Yusof.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam tadi. Tiada bedah siasat dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, jenazah pertama, guru penolong kanan 1 Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48, selamat tiba di kampung halamannya di Kampung Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah, Melaka.

Jenazah kedua yang juga pemandu kedua bas, Hadi Asyraf Mad Idris, 29, dan jenazah mangsa ketiga seorang pembantu operasi SK Jeram, Hamzah Ahmad, 60, masing-masing telah dituntut ahli keluarga petang tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN