Minta, terima rasuah: Empat penjawat awam direman - Utusan Malaysia

Minta, terima rasuah: Empat penjawat awam direman

EMPAT orang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM3,630 sebagai dorongan untuk mendapatkan projek pembekalan dan perkhidmatan di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Empat orang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM3,630 sebagai dorongan untuk mendapatkan projek pembekalan dan perkhidmatan.

Perintah reman selama tujuh hari itu dikeluarkan Majistret, Syed Mohd. Farid Syed Ali bermula hari ini sehingga 1 Julai depan selepas menerima permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Seremban di sini.

Menurut sumber, kesemua suspek itu telah ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Kesemua yang ditahan SPRM itu terdiri daripada dua orang lelaki dan dua wanita masing-masing berusia 30-an hingga 40-an.

Mereka diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mohd. Redzuan Hakiim Sulaiman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×