Menabung RM75 sebulan untuk laksana ibadah korban - Utusan Malaysia

Menabung RM75 sebulan untuk laksana ibadah korban

AHMAD ZAMRY MARINSAH mengagIhkan daging korban kepada golongan asnaf di sekitar Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Seramai 21  anggota polis yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat menabung sebanyak RM75 selama 10 bulan bagi menunaikan ibadah korban pada tahun ini.

Menurut Penolong Pegawai Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) IPD Segamat,  Muhammad Fakhrul Razi Samad, 36, pihaknya amat berbangga dengan ketekunan dan komitmen bersungguh-sungguh 21 anggota berkenaan bagi melaksanakan ibadah tersebut.

“Alhamdulillah, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut mengurniakan seekor lembu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha ini.

“Kesungguhan mereka ini harus dicontohi oleh anggota lain serta orang awam. Program itu turut mendapat kerjasama BAKA IPD Segamat,” katanya ketika ditemui di pekarangan surau Kuarters Kediaman Polis Segamat-Jementah, di sini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah dan sebanyak empat ekor lembu ditumbangkan dalam program yang bermula seawal pukul 6.30 pagi itu.

Muhammad Fakhrul berkata, inisiatif menabung itu harus dijadikan ikutan sebagai tanda teladan kepada ahli keluarga anggota bagi menyertai ibadah korban dan juga kepada waris.

Katanya, sejak beberapa tahun lalu, beberapa anggota polis turut berjaya melakukan ibadah korban hasil tabungan.

“Komitmen tinggi dalam mengumpul sebahagian rezeki pemberian Allah (gaji) untuk terbabit ibadah korban ini juga merupakan pengorbanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN