PORT DICKSON: Hanya 11 buah hotel yang terdapat di sekitar pantai peranginan di sini sudah membuat sambungan kepada sistem pembentungan awam berbanding 34 buah premis hotel yang lain masih belum berbuat demikian. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, ada di antara baki hotel yang masih tidak membuat penyambungan kepada sistem pembentungan dikendalikan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) itu melaksanakan sistem rawatan kumbahan mereka sendiri namun tidak mematuhi piawaian ditetapkan. Keadaan tersebut menurut beliau boleh menyebabkan kebarangkalian pencemaran terhadap perairan terdekat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya