PETALING JAYA: Mana-mana bekas wakil rakyat yang ingin menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bakal berdepan laluan sukar pada masa akan datang. Ini kerana mahkamah tidak boleh menghalang SPR daripada menjalankan tanggungjawabnya bagi mengisi kekosongan kerusi seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, meskipun terdapat ruang untuk mengemukakan rayuan…










