BALI: Suasana ibadah korban di sebuah kampung di Bali menjadi kecoh selepas lembu sumbangan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) secara tiba-tiba bangun semula setelah beberapa saat disembelih. Kejadian berlaku ketika pelaksanaan ibadah korban di Masjid Taqwa, di Pekutatan, Jembrana selepas solat sunat Aidiladha, pada Isnin lalu. Sejurus lembu disembelih, ia secara tiba-tiba bangun semula sehingga memaksa 30 petugas korban mengawal keadaan. Bagaimanapun, lembu seberat 825 kilogram (kg) itu kembali tumbang…