KULAI: Seorang pemandu Honda City yang bertindak samseng dengan mengasari pemandu lain di Jalan Persiaran Sri Putri Utama, di sini didenda RM1,000. Lelaki berusia 33 tahun itu dijatuhi hukuman itu selepas mengakui bersalah ke atas kesalahan yang dilakukannya Ahad lalu apabila didakwa di Mahkamah Majistret Kulai, hari ini. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, mangsa berusia 34 tahun yang memandu van jenis Nissan C22 membuat laporan polis…