KUANTAN: Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) menutup Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata dengan merangkul emas 4x100m lelaki di Stadium Darul Makmur di sini.
Kuartet MASUM menang dengan catatan masa 40.81 saat (s), diikuti Terengganu (41.52s) dan tempat ketiga dimenangi Sarawak (41.54s).
Kuartet Sabah pula menanggung malang berganda apabila pasukan lelaki dan wanitanya tersingkir akibat ‘false start’.

Bagi 4x100m wanita pula, kuartet Johor muncul juara dengan catatan masa 48.57s.
Tempat kedua dimenangi kuartet Terengganu (48.85s) dan ATM di kedudukan ketiga dengan masa 49.38s. – UTUSAN










