Kes demam denggi di Perumahan Awam Seri Melaka menurun - Utusan Malaysia

Kes demam denggi di Perumahan Awam Seri Melaka menurun

PENDUDUK Perumahan Awam Seri Melaka, Salim Mohammad (kiri) dan Mohamad Suhairi Mohamad Sidek (kanan) serta Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Inspektorat, PKC, Mohd Hushairi Mokhtar (tengah) menemukan pembiakan jentik-jentik ketika rondaan di kediaman tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kes wabak deman denggi di Perumahan Awam Seri Melaka, Cheras merekodkan penurunan selepas hanya dua kes dicatatkan pada 4 hingga 19 Februari lalu dengan tertubuhnya Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (Combi) di kawasan itu.

Pengerusinya, Mohamed Johan Mohamed Said berkata, sejak penubuhan Combi tahun lalu, kes wabak denggi di kawasan perumahan awam itu dilihat berkurang, sekali gus tidak menolak sifar kes denggi dapat dicapai.

Katanya, dia berasa yakin organisasi sukarelawan itu dapat merealisasikan sifar kes denggi di kediaman mereka pada masa akan datang.

“Sebanyak sembilan kes wabak demam denggi dicatatkan di sini pada tahun lalu, dengan bilangan tertinggi dicatatkan pada 7 hingga 28 Januari 2023 iaitu sebanyak lima kes dalam tempoh wabak 35 hari.

“Bagaimanapun tahun ini, kita nampak ia telah berkurang dengan hanya dua kes dicatatkan pada 4 hingga 19 lalu hanya dua kes dalam tempoh dua minggu,”katanya dalam Program Latihan Pemusnahan Tempat Pembiakan dan Penyerahan Kit Combi di sini, baru-baru ini.

Katanya lagi, dia berasa yakin perumahan itu akan dapat mencatatkan sifar kes denggi untuk tempoh setahun dan seterusnya.

Terdahulu, seramai 40 orang penduduk menghadiri program tersebut yang dikendalikan oleh Unit Pendidikan Kesihatan serta Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Pejabat Kesihatan Cheras (PKC).

Combi merupakan singkatan bagi ‘Communication for Behavioural Impact’. Ia diperkenalkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2001 sebagai salah satu strategi bagi menangani masalah denggi di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×