BENTONG: Pemandu bas persiaran yang terlibat kemalangan di kilometer 16.5, jalan turun Genting Highlands-Bentong menghala ke Kuala Lumpur pada pukul 10.43 pagi hari ini tidak memiliki lesen. Semakan polis terhadap pemandu bas berusia 32 tahun itu turut mendapati terdapat 27 saman lampau melibatkan pelbagai jenis kesalahan termasuk tidak memiliki lesen memandu yang sah. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, makluman awal polis mendapati seramai 21 mangsa yang…