BAGAN SERAI: Kerajaan akan memperbaiki kelemahan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bagi memastikan golongan yang layak mendapat subsidi seterusnya tidak terkesan dengan kenaikan harga bahan bakar itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, apabila kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel, ia tidak sempurna dan sudah tentu mempunyai beberapa kelemahan dan kerajaan sedia memperbaikinya. Menurut beliau, antara yang terkesan ialah rakyat golongan bawah seperti pesawah, pengusaha bas sekolah serta nelayan dan kerajaan…