KLUANG: Kejayaan mengekalkan untuk tahun kedua pencapaian 100 peratus kelulusan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh 10 buah Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney di seluruh negara membuktikan kemampuan pembelajaran boleh dilaksanakan walaupun dalam tirai besi. Berikutan itu, semua 74 pelajar yang ditahan di kedua-dua sekolah ini berjaya memperoleh sijil masing-masing dengan pencapaian terbaik 8A oleh masing-masing seorang dari Sekolah Integriti Marang dan Kluang. Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan…










