PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan notis terhenti secara serta-merta keahlian kepada enam wakil rakyatnya yang melakukan ketidakpatuhan di bawah Fasal 10.4 perlembagaan parti, semalam. Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang bermesyuarat pada 7 Jun lalu dan setelah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN), malam kelmarin. “Bagi kes (Ahli Parlimen Labuan) Datuk Dr. Suhaili Abdul…









