PETALING JAYA: Penduduk sekitar Seberang Takir, Setiu, Terengganu dinasihatkan tidak panik dengan bunyi tembakan senjata api dan pergerakan pelbagai kenderaan tempur di kawasan itu ketika ini. Tentera Darat Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, ketika ini angkatan itu dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat (USF) sedang melaksanakan Eksesais Tiger Strike 2024 bermula Selasa lalu dan dijadual berakhir 6 Jun ini di Seberang Takir. Katanya, eksesais itu melibatkan pasukan 10 Briged Para dan…