Jam tangan hilang 50 tahun ‘ditelan’ lembu

Jam tangan hilang 50 tahun ‘ditelan’ lembu

JAM tangan berjenama Rolex yang ditemukan semula selepas 50 tahun hilang.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang petani di Britain tidak menyangka dapat menjumpai semula jam tangan berjenama Rolex yang hilang akibat ‘ditelan’ lembu sejak 50 tahun lalu.

James Steele, 95, berkata, dia membeli jam tangan itu sempena hari lahirnya yang ke-21 pada tahun 1950, sebelum hilang kira-kira 20 tahun kemudian ketika bekerja di ladang Shropshire, England.

Steele berkata, dia menggeledah kawasan ladang untuk mencari jam itu, tetapi satu-satunya petunjuk adalah seekor lembu berhampiran.

“Lembu itu tanpa sengaja memakannya melalui timbunan rumput menurut doktor haiwan,” kata Steele kepada BBC.

Jam tangan itu akhirnya ditemukan semula selepas 50 tahun, apabila anak Steele membenarkan pemburu harta karun, Liam King untuk menggunakan pengesan logam bagi mencari syiling lama.

Tidak dapat dipastikan sama ada jam tangan itu, yang kini mempunyai rona hijau pada permukaannya, melalui saluran penghadaman lembu.

“Saya cukup gembira kerana tidak pernah terfikir akan melihat jam tangan itu lagi,” kata Steele.

Katanya, walaupun jam itu sudah tidak berfungsi, ia tidak berkarat meskipun usianya sudah lama.

Steele berkata, dia tidak bercadang untuk membaiki jam tangannya itu kerana memerlukan kos yang tinggi, tetapi masih gembira apabila dapat memilikinya semula sebagai kenangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN