PONTIAN: Suasana pilu menyelubungi Jeti Nelayan Sungai Benut apabila mayat lelaki yang lemas terjatuh ke dalam sungai tersebut ditemukan pagi ini. Mayat Samsudin Bachok, 52, ditemukan pukul 10.30 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian mangsa dikatakan terjatuh petang kelmarin. Isteri Allahyarham, Junayati Kechant, 48, tiba-tiba pengsan ketika mayat suaminya dibawa ke darat bagi urusan pengecaman sebelum dihantar ke Hospital Pontian untuk proses…










