Houthi serang kapal AS di pelabuhan Israel

Houthi serang kapal AS di pelabuhan Israel

HOUTHI mengeluarkan rakaman serangan ke atas MV Tutor di Laut Merah, awal minggu ini.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANA’A: Kumpulan Houthi di Yemen mendakwa melancarkan serangan ke atas kapal komersial dan kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) di pelabuhan Israel.

Menerusi pengumuman yang disiarkan dalam televisyen pada Sabtu, Jurucakap Tentera Houthi, Yahya Saree berkata, kapal pengangkut pukal dengan bendera Liberia Transworld Navigator terkena peluru berpandu balistik di Laut Arab.

“Kapal itu menjadi sasaran kerana syarikat yang memilikinya melanggar larangan masuk ke pelabuhan Palestin yang diduduki,” katanya merujuk ancaman sebelum ini iaitu semua kapal yang berlabuh di pelabuhan Israel akan dianggap sebagai sasaran.

Serangan itu berlaku selepas kapal MV Tutor karam minggu ini, yang menandakan peningkatan baharu dalam kempen menentang kapal komersial di koridor maritim.

Yahya juga mendakwa, serangan menggunakan peluru berpandu balistik dan peluru berpandu krus disasarkan ke atas USS Eisenhower, yang mengetuai operasi Tentera Laut AS di rantau itu sejak permulaan perang Israel ke atas Gaza.

Beliau berkata, ‘operasi itu berjaya mencapai objektifnya’ tanpa mengulas lanjut.

Sementara itu, seorang pegawai AS yang enggan dikenali memberitahu Reuters dakwaan kumpulan tersebut tidak benar.

Houthi dan akaun media sosial yang menyokongnya berulang kali membuat dakwaan palsu untuk menyerang atau menenggelamkan kapal pengangkut pesawat di Laut Merah.

Pengumuman itu dibuat sejurus pegawai AS dilaporkan mengarah USS Eisenhower pulang ke tanah air selepas lebih lapan bulan, dengan menggantikan sebuah kapal pengangkut pesawat lain yang beroperasi di Pasifik.

Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) Jumaat lalu, melaporkan sebuah kapal diserang, 233 kilometer di timur Aden di Yemen.

Katanya, letupan berlaku di sekitar kapal dan anak kapal dilaporkan selamat.

Houthi berjanji untuk meneruskan operasi ketenteraan mereka, yang menyokong rakyat Palestin dan hanya akan berhenti apabila kepungan ke atas wilayah itu ditarik balik.

Kumpulan itu melancarkan lebih 60 serangan, menenggelamkan dua kapal komersial, satu rampasan dan menyerang puluhan lagi sejak permulaan perang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN