BANGKOK: Kira-kira tiga penumpang penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321 yang terlibat dalam insiden gelora udara sudah pulang meninggalkan Thailand dengan ambulans udara manakala yang lain ditemani jururawat dan doktor melalui penerbangan komersial. Bagaimanapun, 10 penumpang masih dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin di Thailand setelah lebih dua minggu kejadian itu, namun, kebanyakannya sudah pulih dan berkemungkinan dibenarkan pulang dalam beberapa minggu lagi, kata Timbalan Pengarah hospital, Dr Saran Intakul kepada CNA kelmarin. Intakul berkata, penumpang yang dihantar pulang menerusi ambulans udara memerlukan rawatan lanjut atau pemulihan kecederaan yang dialami akibat insiden…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya