Gunung Ibu meletus dua kali, muntahkan lahar merah

Gunung Ibu meletus dua kali, muntahkan lahar merah

GUNUNG Ibu memuntahkan lahar merah, batu dan awan abu hari ini.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gunung Ibu meletus lagi hari ini dan memuntahkan lahar merah serta batu ke langit, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG).

Pegawai PVMBG, Heruningtyas Desi Purnamasari berkata, gunung berapi setinggi 1,325 meter di pulau timur Halmahera itu meletus sebanyak dua kali.

Rakaman PVMBG menunjukkan letusan pertama berlaku pada pukul 1.30 pagi (waktu tempatan) dengan memuntahkan lahar dan batu.

Ia disusuli letusan kedua pada pukul 7.46 pagi (waktu tempatan) selama dua minit yang mengeluarkan awan abu setinggi 1,200 meter ke langit.

“Status amaran gunung berapi itu masih di tahap empat atau tertinggi,” kata Heruningtyas dan menegaskan larangan sebarang aktiviti dalam jarak tujuh kilometer dari kawah.

Aktiviti gunung berapi itu adalah yang terbaharu dalam siri letusan sejak Mei lalu dengan kali terakhir ia memuntahkan abu kelabu sejauh lima kilometer ke langit kelmarin.

Pihak berkuasa memindahkan penduduk dari tujuh kampung berhampiran sejak 16 Mei lalu, namun, tiada pemindahan baharu dirancang selepas letusan terbaharu.- CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN