Gempa bumi 4.8 skala Richter landa Korea Selatan

Gempa bumi 4.8 skala Richter landa Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Gempa bumi berukuran 4.8 skala Richter menggegarkan barat daya Korea Selatan hari ini, namun tiada kerosakan besar dilaporkan.

Gempa bumi di daerah Buan, yang mempunyai anggaran kedalaman lapan kilometer, adalah yang paling kuat dikesan di Korea Selatan tahun ini.

Agensi Bomba Kebangsaan setakat ini mengesahkan lapan kes kerosakan kecil melibatkan harta benda di Buan dan bandar berdekatan Iksan, termasuk dinding retak, jubin dan tingkap pecah.

Perdana Menteri, Han Duck-soo mengarahkan kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan gempa susulan, dengan laporan tempatan gegaran turut dirasakan di bandar Sejong, Daejeon dan Cheonan.

Beliau turut meminta pihak berkuasa bersiap sedia memindahkan penduduk dengan selamat dan melindungi infrastruktur utama seperti loji kuasa serta rangkaian pengangkutan.

Pegawai bomba di Jabatan Bomba Wilayah Joella Utara, Jo Yoo-jin berkata, pihaknya menerima hampir 80 panggilan kecemasan daripada penduduk di Kawasan itu.

Lebih 200 panggilan yang sama dibuat oleh penduduk di wilayah lain, termasuk 38 di tengah wilayah Chungcheong Utara dan tujuh di ibu negara, Seoul.

Suruhanjaya Keselamatan Nuklear Korea Selatan menilai gempa bumi itu tidak menjejaskan keselamatan di mana-mana loji kuasanya.-AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN