Gajah interaksi guna nama panggilan

Gajah interaksi guna nama panggilan

SEBANYAK 469 panggilan unik direkodkan daripada gajah Afrika.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Satu penyelidikan ‘luar biasa’ ke atas gajah berjaya mengesan bagaimana mamalia darat terbesar itu boleh memanggil satu sama lain menggunakan nama individu.

Menurut kajian baharu yang diterbitkan dalam Nature Ecology dan Evolution, panggilan dibuat antara dua kumpulan gajah ini dapat dianalisis dan didengari menggunakan mesin perisian yang dipanggil ‘Elephant Voices’.

Penyelidikan itu dibuat di Rizab Negara Samburu dan Taman Negara Amboseli selama empat tahun, termasuk 14 bulan kerja lapangan, dengan kumpulan gajah ini diperhatikan dan ‘panggilan’ mereka direkodkan.

Sebanyak 469 panggilan unik direkodkan daripada gajah Afrika dalam eksperimen itu.

Pakar Ekologi di Colorado State University, George Wittemyer berkata, pemerhatian awal daripada penyelidik yang menjalankan kajian di Kenya menunjukkan gajah menggunakan sistem komunikasi panggilan dan tindak balas.

“Jaringan sosial gajah sangat kaya, halus dan kompleks dengan struktur hierarki yang pelbagai jenis hubungan, pilihan dan interaksi,” katanya kepada Al Jazeera.

Berdasarkan pemerhatian, gajah betina dalam kawanan gajah akan membuat panggilan yang kedengaran seperti bunyi gemuruh, yang kemudiannya akan dijawab oleh keseluruhan kumpulan gajah.

Tidak lama kemudian, pasangan gajah sama akan memberikan satu lagi bunyi gemuruh yang serupa dan hanya seekor gajah dari jauh akan memberikan respons sambil tergesa-gesa kembali ke kumpulan itu.

Sesetengah bunyi itu adalah infrasonik, bermakna mereka menggunakan frekuensi terlalu rendah untuk didengari oleh manusia.

Oleh itu, peralatan khusus menerusi perisian pembelajaran kecerdasan buatan (AI) digunakan untuk merekod, menganalisis dan mengenal pasti nama unik yang digunakan merujuk kepada gajah tertentu.

“Mereka menggunakan pita suara dan menghasilkan bunyi, tetapi struktur bunyi itu sangat berbeza daripada kita,” kata Wittemyer.

Semasa ujian, penyelidik memainkan bunyi daripada pembesar suara yang dipercayai sebagai ‘nama’ gajah, dan mereka akan bertindak balas dengan mengangkat kepala, mengepakkan telinga sambil berjalan ke arah suara.

Dalam keadaan lain, apabila panggilan pembesar suara bukan ‘nama’ mereka, penyelidik mendapati gajah itu mungkin mengangkat kepala tetapi tindak balasnya kurang aktif dari segi tingkah laku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN