SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengambil tindakan tegas dengan menyita dan mengenakan kompaun terhadap penganjur sebuah acara festival makanan Thailand yang diadakan di kawasan laluan pejalan kaki sebuah pusat beli belah di bandar ini semalam. Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, tindakan tersebut diambil selepas mendapati penganjur tidak memohon sebarang permit daripada pihak MBS malah lebih mendukacitakan terdapat peniaga pada acara itu yang turut didapati menjual makanan tidak halal…