Dua maut, 53 lagi cedera serangan Russia di Kharkiv

Dua maut, 53 lagi cedera serangan Russia di Kharkiv

KESAN darah kelihatan di atas lantai berhampiran tapak serangan udara Russia di Kharkiv.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Sekurang-kurangnya dua maut dan lebih 50 yang lain cedera dalam serangan Russia ke atas bangunan kediaman di bandar kedua terbesar di Ukraine, Kharkiv.

Sebuah bangunan kediaman lima tingkat rosak apabila bom berpandu membedil bandar Kharkiv semalam, dengan perkhidmatan kecemasan negeri mengumumkan kerja menyelamat selesai menjelang pagi Ahad.

“Akibat serangan bom udara ini, dua orang terbunuh dan 53 yang lain cedera, termasuk tiga kanak-kanak,” kata pegawai Ukraine di Telegram.

Semalam, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengumumkan tiga kematian dan mengutuk keganasan Russia.

Gabenor Zaporizhzhia, Ivan Fedorov berkata, seorang jurutera yang cedera dalam serangan Russia ke atas kemudahan tenaga di wilayah itu, meninggal dunia di hospital hari ini.

Sementara itu, Gabenor Vyacheslav Gladkov pada Ahad mendakwa, seorang terbunuh dan tiga cedera selepas dron Ukraine menyerang bandar Graivoron di wilayah Belgorod, Russia.

Russia meningkatkan serangan di wilayah timur Kharkiv selepas melancarkan serangan baharu di sana bulan lalu, dalam usaha memecahkan barisan hadapan ketika pencerobohan memasuki tahun ketiga.- ARAB NEWS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN