LIPIS: UMNO akan meletakkan calon parti itu bagi mewakili kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan, 18 Ogos depan. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, untuk berdepan PRK berkenaan, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya manakala Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengarah Operasi. “Di sini ada pemimpin tempatan dan ada pemimpin negeri, itu kaedah UMNO pemimpin…